Hafilez’s Weblog
Hipokrasi bukan darahku..Kesempurnaan bukan tujuanku..Meninggi diri bukan gayaku..Aku hanyalah Aku

APA ITU HARI KEKASIH???

Salam semua…aku tergerak nak bercakap pasal hari kekasih bila terbaca entri kak ida(parasitblog) mengenai hari kekasih.Dalam entri tu ada sebut, m’ikut kajian cinta sebenarnya bukan datang dari mata o hati tapi dari otak!pelik juga bila fikir..iya lah..yang aku tahu, orang mula nak bercinta bila dia dah terlihat gerangan si teruna/dara tu.masa tu lah hati berdebar-debar…kononnya love at first sight la tu!!(hampehhh).bila dah ‘terjatuh’ cinta pada pandangan pertama mulalah namanya sentiasa terpahat di hati..so,bila orang kata cinta tu dari mata turun ke hati,aku pun setuju jg…penemuan t’baru ni pula kata cinta tu b’mula nya dari otak!!haa..macam mana tu?bukan dari mata o hati, tapi dari otak!!maksudnya tanpa melihat (atau menggunakan pancaindera)cinta itu tetap boleh berputik dan terus tumbuh mekar..betul juga!!kalau tak, takkan lah orang buta pun boleh bercinta kan?!inilah kerja TUHAN..kadang kita tak boleh nak betul-betul pastikan apa jua persoalan yang terbit diminda kita walaupun disokong dengan penemuan saintifik ke apa..sebabnya,kita hanyalah Ciptaan yg menggunakan akal yang diberikan Pencipta untuk berfikir…TUHAN ITU MAHA TAHU…kenapa cakap soal cinta pula ni??dah nak bercinta ke??hehehe..tidak…tidak…tidak…saja je sebenarnya!kan ni dah nak dekat hari kekasih..kadang pelik pun ada.kenapa hari kekasih ni wujud sebenarnya??kalau setakat nak mengkhaskan satu hari dimana para kekasih ni boleh meluahkan rasa kasih mereka pada pasangan masing-masing,pada aku tiap-tiap hari pun boleh tak payahlah nak tunggu hari kekasih ni!Entahlah..aku bukan tahu sangat.maklumlah tak pernah sambut!!hehehe…apa pun bagi aku tak ada salahnya nak menyambut hari kekasih ni kalau kena dengan caranya..kadang benda-benda macam ni perlu untuk menambahkan lagi rasa kasih antara pasangan. Cumanya,yang aku selalu nampak, pasangan kekasih hari ini hanya tahu menyalahgunakan sambutan hari kekasih ni ke jalan songsang..kalau tak,tak mungkin lahir anak hasil “hari kekasih” kan?!betul tak?benda macam ni dah selalu sangat terjadi!cubalah menyemai rasa kasih tu dengan cara yang betul…caranya???aku rasa korang semua dah boleh berfikir sebaik mungkin kan!!apa gunaya belajar tinggi-tinggi kan…tu lah orang kata,kalau dah selalu sangat bersua muka pun tak boleh juga!samada kasih tu makin berkurangan dek kerana selalu sangat tengok muka (dah boring ngadap muka pasangan!!tak secomel masa mula-mula bercinta..cinta ke tu??!fikir sendiri la..) ataupun rasa kasih dah terlalu melimpah ruah sampai dah tak tahu nak kawal perasaan sendiri…so,aku selalu terfikir…bercinta tak semestinya kena sentiasa dekat dimata,sentiasa kena jumpa.kalau kita yakin dengan kekuatan mental kita,yakin yang kita boleh mengawal perasaan kita,masa tu nak jumpa pun jumpalah!kalau dah selalu sangat tak jumpa pun bahaya juga..takut si dia jumpa orang lain pula!!(cinta ke tu??baru sedikit dugaannya..).yang penting si dia sentiasa ada di hati kita,sentiasa mendoakan kebaikan,keselamatan dan kesihatannya..tu lebih afdhal rasanya bukan??!bagi mereka yang punya orang tua tu,janganlah asyik dok ingat kat kekasih je sampai terlupa yang kita masih punya ibu ayah,insan yang terlalu banyak jasanya pada kita..sentiasalah mendoakan kebahgiaan mereka juga…peringatan ni untuk diri aku juga lah!
bagi mereka yang menyambut hari kekasih esok…selamat hari kekasih!!berkasih-kasihanlah kamu selagi mana ianya tidak melebihi batasan agama dan syariat…
okey lah…wassalam…

One Response to “APA ITU HARI KEKASIH???”

  1. Ehem..kawan, bila bicara tentang cinta boleh gulung tikar Dr. Love ye..sebenarnya cinta kepada makhluk tuhan ni sangat sensitif. iyelah, kita ni bukan kekal, kalau dah kehilangan terasa sangat. jadi berpada-pada menyemai kasih kepada hamba Allah ni, jangan melebihi kuasa sakti cinta itu terhadap Allah dan rasulnya(emm..bersara la pakar agama..). K..ucapkanlah cinta itu setiap hari, bukan pada 14 Feb. sahaja. I love you ipah, kerana menjadi kawan terbaik aku..


Leave a Reply