Hafilez’s Weblog
Hipokrasi bukan darahku..Kesempurnaan bukan tujuanku..Meninggi diri bukan gayaku..Aku hanyalah Aku

MESOCISSS BETUL!!!

Entah apa kena dengan hariku hari ini…asyik mengeluh saja!!Nak kata tension..tension juga!!Tapi sikit lah..Nak kata letih…letih juga kot!!Sikit lah…macam tak biasa pula takat nak ‘berjaga’ sampai ke pagi!!Nak kata…apa lagi ek???!Entahlah…*mesociss* betul!!!
Tension pasal tesis kot…maklumlah tak jalan-jalan lagi researchnya!!Geram betul…tak tahu nak geram dengan siapa ni!!Ni baru siap *skrip translation rechecking*…lagi satu yang memeningkan kepala hotak aku ni!!Bab translation memanglah aku suka,bagi je nak suruh translate benda..tapi agak-agak lah juga…tapi bila bab betulkan kesilapan orang ni, aku *lemah* sikit lah…
bukan *peel* aku nak betul-betulkan silap orang..aku ni pun bukan betul sangat. So,bila diberi tugas untuk betulkan silap orang ni,aku *takut* sikit..bila kita dah terbiasa sangat baiki silap orang,akan ada kecenderungan untuk kita ingat kita ni *baik* sangat,yang mana akan melahirkan sikap *riak*.Dan aku paling *anti* dan takut sikit dengan perkataan yang satu ni!!
Minta dijauhkanlah…Nauzubillahiminzalik…
Nak balik tidur lah!!Nak mengeluh damba-bermuram durja-sebab hal *ciput* macam ni..*itu bukan aku lah*!!!

* ada maksud disebaliknya…
-mesocisss….aku suka sebut perkataan ni kalau geram sangat.maksudnya, orang yang suka menyakiti diri sendiri!!
-skrip translation rechecking….kiranya semak semula skrip yang telah diterjemah dari English ke Melayu. Setakat ni,compare dua hal yang aku buat:translate & recheck, recheck lebih memeningkan kepala dan mentensionkan aku!!seriously…
-lemah…maksudnya paling tak boleh tahan!!!tak suka 2x!!
-peel…tabiat lah…hehehe
-takut…seram sebenarnya!!tengok cerita hantu pun tak seseram tu tau!!
-baik…superior lah konon..fikir diri tu lebih dari orang lain je!!padahal teruk pun dia juga lebihnya..
-riak….takbur,sombong,berlagak…spesis menyakitkan hatilah senang cerita!!
-anti…paling pantang nenek moyang kepada moyang-moyang aku sebelum ni!!tak boleh kompromi lah peel yang satu ni!!!
-ciput…hal kecil la…sekecil hama.
-itu bukan aku lah!!!…ni lah antara ayat orang berlagak dan fikir dia ‘baik’ sangat!!tengok…ni akibat aku asyik betulkan silap orang 2,3 hari ni.Ish…ish..tak boleh dibiarkan ni!!Tak selamat dunia akhirat…tak tenang hidup pun tiada nikmat!!Tapi setuju tak…kadang-kadang kita kena ‘berlagak’ untuk elak orang pijak-pijak kita tau!!!
So fikirlah kalau ada masa nak fikir…

No Responses Yet to “MESOCISSS BETUL!!!”

Leave a Reply