Hafilez’s Weblog
Hipokrasi bukan darahku..Kesempurnaan bukan tujuanku..Meninggi diri bukan gayaku..Aku hanyalah Aku

Aug
06

Aku dan sahabat seperjuangan yang lain sudah selamat menjalani hari paling bersejarah dalam hidup kami sebagai pelajar bilamana pada 1hb ogos lepas, kami sudah selesai bergraduasi..saat paling indah mungkin, bercampur berdebar pabila namaku dipanggil untuk menerima ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian yang telah 4 tahun aku dan sahabat yang lain nya kejar..well..bila dah habis study..baru terasa betapa cepatnya masa itu berlalu..4 tahun dirasakan bagai semalam,sehari cuma..sekarang ni masa untuk membalas kembali pengorbanan juga setiap titik keringat orang tua dan adik beradik untuk menjadikan segulung ijazah itu mampu digenggam menjadi realiti…moga aku tidak pernah lupa pada tiap insan yang hadir dikala suka mahupun dukaku..moga aku masih tetap berpijak dibumi yang nyata walau teringin untuk mendongak langit yang tinggi..moga aku tetap menjadi seorang anak yang sama atau mungkin lebih baik pada kedua orang tua ku..moga aku tetap menjadi seorang teman juga sahabat pada handai taulanku..Amin…Amin….Amin yarabbalalamin…

with my beloved ones..he3

with my beloved ones..he3

the most meaningful moment in my life..graduation day...

the most meaningful moment in my life..graduation day...

Jun
07

Esok..aku akan pulang ke negeri tumpah darahku..sabah..minta maaf ya jika ada salah silap pada mereka yang pernah mengenali aku..sorry for everythings..for all my dearest friends..i love you guys with all my heart…Insyaallah..kita jumpa semula di majlis konvokesyen kita bulan 8 ini..I wishes all of you lucks and blessings from The Almighty..see ya guys..this is not the end of our friendship..friendships are borderless..so do we..so do we..Bye…

Jun
04

At last…tesis aku proceed dan aku dah boleh bind..yahuuuu…tapi sedikit kecewa sebab maybe tak boleh nak settlekan sebelum aku balik sabah..dah lah nak balik Isnin ni..tapi ALHAMDULILLAH…at least aku dah tak risau sangat nak balik ni..hehe

Jun
02

Aku suka…lagi 4 hari aku nak balik Sabah..rindunya…!!!!hehe..
Aku sedih…aku balik bermakna aku tinggalkan kawan-kawan aku kat sini..entah bila dapat ketemu lagi..sedih nya..!!!isk..isk..isk..
Aku risau…ingat tesis aku settle sebelum balik Sabah..unfortunately, it still not proceeded yet..dan aku terpaksa bawa ‘kerisauan’ itu ke kampung halamanku..kena pos la nampak gaya nya tesis aku tu…eiii…
Aku geram…dah set dalam mind ni..tak nak dah menimbulkan apa-apa yang boleh merosakkan mood juga friendship yang telah terbina sejak 4 tahun lalu..tapi ada pula pihak yang ‘spesis’ mencabar kesabaran yang selama ni aku cuba pertahankan..guess what..aku memang sakit hati…!!
Aku tak sabar…nak tunggu ketibaan hari graduasiku..emm..4 tahun bertungkus lumus..belajar menimba ilmu..akhirnya…yahuuuuuu…!!!
Aku takut pula…bila fikir balik..lepas grad entah dapat kerja ke tak ni…???dah lah ekonomi tak berapa nak baik..aku takut bila bayangkan aku ni seorang ‘penganggur’..Nauzubillahiminzalik…macamnana nak bayar mak bapak..hutang dengan kerajaan lagi tu…!!!ish..ish..ish…

May
27

Hari ni, 27 May 09…
bgn sedikit lewat..smlmn berhempas pulas menyiapkan draf
tesis. ‘tabiat’ orang ‘bingung’ macam aku..tersangat suka membuat kerja last minit..tak pernah serik..tak pernah menyesal..pandai buat pandailah menanggungnya..aku ada pendirian aku..buat kerja bila aku rasa nak buat kerja..melintas lah hantu pun kat depan aku tetap fokus kalau aku ada ‘rasa’ itu…(nauzubillahiminzalik..hihi)..tapi bukan itu hal nya..pada sesiapa yang kenal aku,tahu macammana peel aku pasal kerja..
Shortly, aku siapkan tesis aku dengan segala apa yang aku ada..
kerja last minit..bukan bermaksud hasil pun ‘last minit’..aku tetap harapkan ada 90 peratus ‘kesempurnaan’ yang mampu aku capai..tentulah bi’iznillah jua…
Aku hantar tesis..bukan dengan harapan ianya akan ‘proceed’ semata-mata..aku sedar aku masih bergelar ‘pelajar’ dan akan terus bergelar ‘pelajar’ aku harap selepas ini..(doakan aku..).
Aku mungkin juga sudah terkena sindrom ‘tesis’ yang mana aku akan merasa tersangat ‘jealous’ bila melihat draf tesis kawan seperjuangan yang penuh bertanda..tanda ianya dibaca,diperiksa sekaligus diedit..
Persoalannya…susah sangat ke nak baca,periksa dan edit tesis aku…????ni lah fungsi sebenar ada supervisor kan..???ke nak aku jadi supervisor tesis aku sendiri…???
Susah sangat ke nak faham bahasa tesis aku…??aku bukanlah menggunakan perkataan ‘bombastik’ yang terlalu sukar difahami..aku gunakan bahasa yang dibenarkan supervisor sendiri..jadi kenapa bila sampai ke saat ini, penggunaan bahasa inggeris untuk draf tesis aku tiba-tiba dipersoalkan..???perlu aku ingatkan ke statement…”kamu boleh pilih samada untuk buat tesis dalam BM dan kemudian translate ke BI atau boleh teruskan dalam BI saja..nak ikut jalan mudah buat dalam BM SAJA dulu…”
Aku diberi pilihan lantas aku pilih jalan yang mudah bagi aku tapi dianggap sukar bagi lecturer untuk student seperti kami..aku terus pilih untuk buat dalam BI…sebabnya aku tak suka buat kerja yang sama 2 kali..
For the first meeting, on our discussion about chapter 1..
soalan yang ditanya pada aku…”awak copy kat mana tesis awak ni..??your english is very ****…” aku terkesima. Bagaimana seorang lecturer yang aku hormati boleh menghina aku sebegitu rupa…kenapa, tak percaya ke..???aku yakin yang sepanjang aku menyiapkan chapter 1 aku belum ada lagi meng’copy’ mana-mana bahan terus menjawab..”saya buat sendirilah..”
Susah sangat ke nak percaya dengan hasil kerja student yang maam ‘aku’ ni…???mungkin juga sebab aku jarang ‘bersuara’ apatah lagi berkomunikasi dalam BI…oleh itu ianya dipersoalkan…
Susah sangat ke nak cakap yang tesis aku itu mungkin ‘seronok’ dibaca jika ianya dalam BM….???dan aku boleh terus mengubahnya kedalam BM…tapi sepi..
Susah sangat ke nak mengaku silap sendiri…??Aku boleh terima kalau dikatakan kesukaran untuk ‘menjeling’ tesis yang berhempas pulas aku siapkan kerana ianya menggunakan bahasa asing..aku terima..
Tapi layakkah tesis aku diadili dan dinilai gaya bahasa juga ketepatan perkataannya bila ianya langsung tidak dibaca…???
ooo..mungkin quotation ‘DONT JUDGE THE BOOK BY ITS COVER’ patut dilupus terus..kerana kini kita sudah mampu menilai isi kandungan sesuatu itu dengan ‘jelingan’ sahaja…!!!
Bila sewenangnya dikatakan bahasa inggeris ku dalam tesis yang aku lihat semacam tidak luak dibaca (ini bukan saja berdasarkan bukti ‘mata’ tapi juga bukti ‘telinga’…statement yang agak ‘membunuh diri’…)
agak kucar-kacir atau tunggang langgang bahasanya…aku jadi geram…
Bila aku tanya tang mana teruknya bahasa aku tu…nak juga tahu..kena betulkan balik..tang tu jugalah baru nak check tesis aku atau ayat yang sebetulnya cuba nak mencari kesilapn grammar yang baru disebutkan tadi…
“AS THIS RESEARCH USED THREE KIND OF METHODS IN COLLECTING A DATA WHICH ARE; QUESTIONNAIRE PAPERS, CHECKLIST AND INTERVIEW, THE RESEARCH QUESTIONS ARE ALSO VARIES DEPENDS ON THE METHOD USED”…ni ayat aku yang dikatakan tunggang langgang grammar nya..
“THIS RESEARCH USED THREE METHODS IN COLLECTING DATA. FIRST, THE QUESTIONNAIRE PAPERS, SECOND THE CHECKLIST AND THIRD THE INTERVIEW SESSION”…ni ayat yang telah dibaiki ‘grammar’ nya…
is there any grammatical error towards my sentence…???or it just away of trying to cover the ‘hole’…
akhirnya aku akur….
aku salah..
grammar aku tak betul lagi..
kena ambil MUET lagi sekali dan dapatkan band 6..
lepas tu mungkin tiada siapa akan persoalkan bahasa anda lagi..
kerana anda sudah punya satu ‘darjat’ dalam bahasa..
ya…akhirnya semua sudah jelas…
keupayaan kita tetap boleh dipersoalkan selagi mana kita tiada ‘nama’….
well…what a species…!!!go to hell with ‘name’…
sedih…
tak percaya..
nangis..
solat…
sambung nangis..
tidur..
nangis dalam tidur..
then..
i realize…
innallahamaassobiriin…
thanks my dear friends..
for lend me your shoulder..
although i’m quite shy to buy it..
hehe..what a shame..
chawwww…species…!!!

Mar
18

Don’t try to get other’s sympathize…
Just to show people how bad your feeling are…
How unlucky you are…
And how bad the people around you are!!!
You at the same time telling the outsider how good you are!!!
Critisizing people without realizing your own mistake!!
Thought you are the one who always right..
The one being ‘innocent’…bla…bla..bla…
Please!!!
For once…
Think before you talk!!
Walk your talk rather than talk your walk!!
If you think other’s neglected you..
Take a time to consider…
What have you done till people does that to you??!!
If you think that you’re the ‘unluckiest’ people exist on earth…
Go outside and open your eyes wider!!
If you think by getting other’s sympathizes will make you better and they’ll pity on you..
Guess what…they’ll think how ‘ungrateful’ you are..
How ‘pamper’ you are…
How ‘funny’ you are…
Keep mumbling about your hardness…
Without standing on your own feet!!
Such person…
Such person…

Mar
17

Entah apa kena dengan hariku hari ini…asyik mengeluh saja!!Nak kata tension..tension juga!!Tapi sikit lah..Nak kata letih…letih juga kot!!Sikit lah…macam tak biasa pula takat nak ‘berjaga’ sampai ke pagi!!Nak kata…apa lagi ek???!Entahlah…*mesociss* betul!!!
Tension pasal tesis kot…maklumlah tak jalan-jalan lagi researchnya!!Geram betul…tak tahu nak geram dengan siapa ni!!Ni baru siap *skrip translation rechecking*…lagi satu yang memeningkan kepala hotak aku ni!!Bab translation memanglah aku suka,bagi je nak suruh translate benda..tapi agak-agak lah juga…tapi bila bab betulkan kesilapan orang ni, aku *lemah* sikit lah…
bukan *peel* aku nak betul-betulkan silap orang..aku ni pun bukan betul sangat. So,bila diberi tugas untuk betulkan silap orang ni,aku *takut* sikit..bila kita dah terbiasa sangat baiki silap orang,akan ada kecenderungan untuk kita ingat kita ni *baik* sangat,yang mana akan melahirkan sikap *riak*.Dan aku paling *anti* dan takut sikit dengan perkataan yang satu ni!!
Minta dijauhkanlah…Nauzubillahiminzalik…
Nak balik tidur lah!!Nak mengeluh damba-bermuram durja-sebab hal *ciput* macam ni..*itu bukan aku lah*!!!

* ada maksud disebaliknya…
-mesocisss….aku suka sebut perkataan ni kalau geram sangat.maksudnya, orang yang suka menyakiti diri sendiri!!
-skrip translation rechecking….kiranya semak semula skrip yang telah diterjemah dari English ke Melayu. Setakat ni,compare dua hal yang aku buat:translate & recheck, recheck lebih memeningkan kepala dan mentensionkan aku!!seriously…
-lemah…maksudnya paling tak boleh tahan!!!tak suka 2x!!
-peel…tabiat lah…hehehe
-takut…seram sebenarnya!!tengok cerita hantu pun tak seseram tu tau!!
-baik…superior lah konon..fikir diri tu lebih dari orang lain je!!padahal teruk pun dia juga lebihnya..
-riak….takbur,sombong,berlagak…spesis menyakitkan hatilah senang cerita!!
-anti…paling pantang nenek moyang kepada moyang-moyang aku sebelum ni!!tak boleh kompromi lah peel yang satu ni!!!
-ciput…hal kecil la…sekecil hama.
-itu bukan aku lah!!!…ni lah antara ayat orang berlagak dan fikir dia ‘baik’ sangat!!tengok…ni akibat aku asyik betulkan silap orang 2,3 hari ni.Ish…ish..tak boleh dibiarkan ni!!Tak selamat dunia akhirat…tak tenang hidup pun tiada nikmat!!Tapi setuju tak…kadang-kadang kita kena ‘berlagak’ untuk elak orang pijak-pijak kita tau!!!
So fikirlah kalau ada masa nak fikir…

Mar
16

Bila seorang kawanku secara berseloroh bertanya samada aku tidak rasa kecewa dengan apa yang terjadi, terasa tercalar juga egoku…tapi selamba saja aku menjawab, “Kecewa itu wujud bila adanya harapan..sedang aku sendiri tidak pernah sedikitpun berharap…”
Pada aku, semua yang terjadi sudah terlebih dulu aku duga akan terjadi. Itu sebabnya,walaupun ini pengalaman pertamaku namun aku tidak ‘berkelakuan’ seperti yang sepatutnya…atau ‘berperasaan’ seperti sepatutnya…sebabnya hanya satu,aku dah jangka benda macam ni akan berlaku dan samada percaya atau tidak,aku turut sama mahukan itulah ‘akhirnya’…
Kenapa ya???Mungkin aku dah tahu jawapannya…dan biarlah aku saja yang tahu apa yang ada dihati aku ni hingga sampai masa yang sepatutnya…
Satu yang pasti, aku sentiasa mengajar diriku untuk tidak ‘berharap’ pada sesuatu yang tak pasti…sesuatu yang bukan dijadikan untukku…sesuatu yang belum pasti untukku…
Bila kita mula berani ‘mengharap’, sepatutnya juga kita berani untuk ‘kehilangan’..
Dan untuk aku merasa ‘kehilangan’ itu biarlah pada sesuatu yang betul-betul aku ‘harapkan’…belum ada lagi yang pasti!!
Whatever it is…I still the winner!!The Silent Winner…hehehe

Mar
12

Aku sebenarnya sedang berperang dengan diri sendiri…
Antara prinsip yang aku cipta dalam diri…dan rasa ingin tahu yang sering saja aku abaikan disebabkan keengganan aku untuk memeningkan kepala pada perkara yang aku anggap remeh…aku keliru atau sebetulnya tak tahu apa tindakan aku yang seterusnya. Aku,walaupun sering dianggap seorang yang tidak ‘berperasaan’,sering ambil endah tiap perkara, ‘simple thinker’…tapi aku tetap punya prinsip hidup aku sendiri…prinsip yang telah lama aku semai..yang sekian lama aku pegang…aku beranggapan sesuatu yang tidak boleh dimaafkan kalau aku sendiri melanggar prinsip yang aku cipta. Namun,sebagai manusia..aku tetap ada rasa itu..rasa ingin tahu atau dipanggil ‘curiousity’ dalam bahasa inggeris…
Rasa ingin tahu itu timbul sedikit demi sedikit…bilamana ‘sesuatu’ itu seolah-olah begitu ‘kenal’ akan siapa anda sebenarnya…sedang kalau ikut logik akal,tiada peratusan pun ‘sesuatu’ itu menjadi terlalu begitu ‘kebetulan’…atau mungkin terlalu ‘tepat’…hingga satu ketika,anda akan terjerat dengan perasaan anda sendiri…mula terfikir-fikir akan wujudnya ‘sesuatu’ itu…lantas,apakah tindakan anda kala itu? Membuntuti rasa ingin tahu itu lantas mengetahui cerita sebenar??atau teguh dengan prinsip diri yang telah dipegang sejak sekian lamanya???ikut rasa ingin tahu yang akan membawa anda kepada jawapan untuk tiap persoalan yang ada dibenak anda???atau tetap dengan prinsip diri anda itu??Biarkan rasa ‘curiousity’ anda hilang dibawa angin lalu…atau langgar prinsip diri yang anda sendiri bina dalam diri???
Untuk semua pilihan diatas…buat masa ini,aku masih butuh waktu..waktu untuk aku menimbangkan baik buruk pada apa jua tindakan yang bakal aku buat…
Jadinya…aku memilih untuk tidak memilih mana-mana jalan yang kufikirkan diatas…aku lebih senang untuk ‘berjalan ikut angin dan waktu’…dimana kakiku akan menghala dan melangkah nanti…disitulah aku akan pergi…
Dan yang pasti,bagi aku insan yang diberi nama ‘Zelifah’ ini..setiap apa jua yang mendatang,pastinya ada hikmahnya. Setiap masalah ada penyelesaiannya…tiap penyakit ada ubatnya…tiap manusia ada pasangannya…dan tiap ‘sesuatu’ yang datang dengan tiba-tiba itu ada hujung pangkal kewujudannya…kita hanya perlu mencari…menggunakan ‘akal’ kurniaan Ilahi…juga ‘teknologi’ inovasi dari manusia…
Dan guess what??!!I think i just found the thing!!!just to be confirmed later je…that’s what i’ll do onwards!!
Kalau ianya betul…means aku dah berjaya merungkai segalanya tanpa perlu melanggar prinsip hidupku sendiri…
Dan kalau ianya salah sama sekali…aku tidak rugi apa-apa..at least i’m try to break my own ‘curiousity’ without break my own princip!!!
So…gonna wait and see till i find it out…make it faster!!!

Mar
06

Sedih…itu lah yang aku rasa tiba-tiba…
Tak boleh jadi ni!!kena sibukkan diri…
Kalau dilayan sangat, lagi parah!!!
Lagi parah bila kita sendiri tak pasti apa sebabnya…
Lagi parah bila kita dah tahu tapi buat-buat tak tahu…
Lagi parah bila orang lain tak tahu dan cuba nak tahu…
So…tak nak ‘memparahkan’ lagi diri yang dah sedia parah…
POOOORAHHHH!!!tak payah lah fikir sangat…
macam pengecut lah pula!!!
WHATEVER….